ada saja penghalang,tak tahu macam mana nak share dengan semua org,
sebab hal ni sangat rahsia, tak boleh bagitahu
tapi aku perlukan seseorang untuk dikongsi,
aku tak boleh menulis, tak boleh menaip,
tak boleh diperkatakan...
semua tak boleh..
sebab benda ni sangat rahsia,
apa yang boleh aku lakukan adalah berdiam,
aku simpan,
itu je yang boleh aku lakukan,
aku cuma nak dia tahu yang aku memang wanita jahat,
tapi aku juga tahu agama..
aku tahu jaga adab sopan,
aku tahu jaga hati dan perasaan,
sebab tu Allah cipta syurga dan neraka,
sebab itu semua ciptaan Allah ada kelebihan dan kekurangan,
cuma diri kita yang tentukan mana jalan yang kita sepatutnya pilih.
aku tak tahu berapa kali ungkapan maaf dari mulut,
aku ingatkan malam ini malam gembira,
tetapi sama seperti malam sebelum..
seperti biasa dengan konflik,
kenapa manusia begitu,
aku tak boleh untuk pertahankan diri aku
sebab ada saja tuduhan dan andaian
dari dia..
tak ada ruang untuk aku berkata,
malah dia mempersoalkan,
dan dia juga yang menjawab
ketahuilah bahawa hati ini sangat kecewa,
bila orang yang selama ini kita bersama,
tak ada lagi rasa nyaman terhadap kita,
sering amarah yang membuak,
maaf..
kata maaf lagi aku katakan,
aku tak tahu apa dalam fikiran dia,
apa yang dia inginkan,
adakah dia sangat mementingkan benda tu,
dari diri aku..
doa aku pada dia supaya ada wanita yang sangat
dan sangat boleh memenuhi segala kehendak dia,
yang dapat dengar segala kata dia,
aku tak tahu macam mana lagi untuk pertahankan cinta ini,
aku dah putus asa, sayang,
begitu juga kau..
salam.
* menangis dalam hati*
0 'bebelness':
Post a Comment