Saturday, August 30

30 august 2014

Bismillah. 

Alhamdulillah. Today is my day! Hee.. Jangan perasan lah hari kau sorang ye! 
Hmm.. As usual, letter for my lovely mum.

Ain dah besar, dah 27tahun, ain dah kena perfectly mature enough to differentiate either good or bad things. 

Ain hadapi banyak benda along this year, dan mungkin tahun2 seterusnya jugak kena hadapi berjuta macam masalah, dugaan dan juga kebahagiaan. 

Rasa bersyukur sebab masih lagi diberi peluang untuk bernafas ya allah. 

Mum.. 

Ain dah jadi tunangan orang. Ain pun tak sangka. Ain tak sangka hubungan ini jauh macam ni sekali bila..ada orang yang mendoakan hubungan ini takkan ke mana setakat takuk itu saja.. Tapi alhamdulillah.. Allah mudahkan.

Ain rasa bersyukur. Ain nak mak ada masa ain nikah, tapi ain tahu benda tu takkan boleh. Ain jelez tengok orang lain, ibu masing2 jadi peneman ketika lafaz nikah. Tapi ain tahu, ain ada kakak2 yang setia untuk teman ain. 

Mum.. 
Ain dah banyak perbaiki diri ain untuk jadi terbaik, ain harap mak tenang di sana. Ain tahu tempat mak mesti dikalangan orang beriman. Ain sentiasa rindu, sayang, dan cinta mak. :) 

Okay.. Tu je setakat hari ni, semoga hari-hari seterusnya sentiasa gembira. 

Tuesday, August 26

Nenek

Bismillah. 

Last night alfi kata nenek nazak. Tak sangka 2 weeks ago nenek sihat sangat. Kuat makan, kuat bercerita, kuat solat, kuat baca alquran. Tapi sekarang daripada nenek nazak, nenek dah takde. 

Saya plak tido time tu, alfi dah balik melaka. Seriously saya takde semangat nak kerja. Tapi sebab saya memang uncap able untuk pergi ke kubur dan baca yassin, jadi saya ambil keputusan untuk recite al-fatihah dalam hati sahaja. 

Bila saya dah boleh, baru saya ziarah kubur nenek. Ya allah, saya ingatkan nenek akan tabah hidup sampai waktu saya dan alfi akan bernikah. Tapi nenek tak sempat. 

Terngiang2 kata2 nenek, " nenek nak baju sama warna dan corak nanti bila alip kahwin dengan ain, belikanlah nenek sama warna". Bila nenek tengok family semua pakai baju theme sama masa along kahwin, jadi nenek teringin nak pakai. 

Nenek selalu cakap, tak sabar nak tengok saya dengan alip kahwin. Saya dah janji dengan nenek nak belikan dia baju yang sama. Nenek happy sangat bila saya belikan baju kurung untuk dia masa along kahwin. Siap nenek catwalk satu rumah tunjuk baju baru. 

Okay, saya sangat emosi sebenarnya. Saya tahu saya sempat untuk berbakti pada nenek tapi bakti saya cuma singkat sahaja. Atleast allah bagi saya peluang untuk jaga nenek walau sekejap. 

Borak2 dengan nenek, kecoh sangat bila dia kerap kali kenalkan saya "ni lah bakal menantu" pada setiap kali dia jumpa kawan2 dia. Saya pun diperkenalkan. First time dalam hidup saya, ada nenek yang kejutkan solat subuh. Saya solat subuh dengan berdoa pada Allah yang saya sangat berterima kasih dikurniakan keluarga yang indah ini. 

Bila nenek kata dia tak sabar nak tengok saya dan alip kahwin, saya betul2 percaya nenek akan sempat tengok saya kahwin dengan alip. Tapi kenapa, kenapa terlalu cepat? Okay, saya terlampau sedih. Dah banyak air mata mengalir. 

Asalkan saya sangat sedih even kenangan dengan nenek sikit, apatah lagi alfi sekeluarga. Hmm.. Saya tahu alfi lagi sedih. Ya allah, kau tenangkan roh nenek disana. Berikan nenek tempat golongan orang beriman. Saya tahu nenek baik orangnya. Amin. 
 

Tuesday, August 19

Mai & Jes wedding

Bismillah.

Hye! Still lagi penat sebenarnya.. Nak tido je kerjanya. Heaven nya dapat tido nyenyak yang puas tanpa gangguan. Ehh merepek plak.

On 16th august, kakak alfi kahwin! Yeay!! Alhamdulillah semuanya went smoothly. Masa solemnization tu, saya jadi peneman kak my di dais. Seriously dais kak my macam istana, cantik sangat. Elegan. 

Dan kak my pun sgt cantik! Flawless. Bukan amek hati ye, tapi pujian yang ikhlas. MUA diimport khas, shahim khan. Please google sebab really recommended. Saya jadi bridesmaid dia untuk tiga events: 

1) solemnization- ni saya yang busy kesat air mata sendiri. Bukan kesat air mata kak my okay, tapi air mata saya. Saya sedihlah bacaan tu. Sayu dan pilu. Camne bila turn saya nanti? Mesti banjir punye. Dahlah memang kememey. 

2) majlis berarak dan fireworks- ni saya suka persalinan kak my sebab songket! Cantik sgt songket. Saya memang berangan nak pakai songket. Event yang ni best sebab brides& groom dihidangkan dengan fireworks. Kompang pun besst! Saya yg jd pengapit ni, leka tengok fireworks and kompang. Mana pernah ada adat macam ni kat johor. Unik okay.

3) reception- ini sangat penat punya sebab kena sambut guests, bagi goodies bag, and lagi satu time ni lah saya diperkenalkan kpd sedara alfi. Kul 1 baru tengok jam and terus pergi bilik kak my, tengok dia dah ready ke belum untuk berarak. This time spoil abez sebab my dress labuh, susah jalan okay. Saya tak dapat nak kipaskan kak my sebab nak pegang my dress plus hujan plak tu. 

Sorry kak my! Tak jaga betul2 akak time ni. Huhu. And eventually tamat jugak semuanya. Saya lega sebab dah abez tanggungjawab. 

Tapi yang penting majlis saya tak sebesar majlis kak my. Grande sangat, tapi saya punya tak. Takpelah. Saya suka simple je, tak nak pening kepala. :) tadaa. Pics kat bawah ni mcm biasalah. 

Stress sebab time ada majlis lag jerawat besar kat hidung, puas cover still nampak okay. 







Okay. Tu je. Semoga berkekalan hingga jannah. Amin. 







Tuesday, August 12

Hair part 1

Bismillah.

Terpanggil nak tulis tentang rambut ni sebab recently i pergi A-saloon, alamanda. It's third time i used their services. Bukan sebab suka tapi sebab convenience untuk alfi. Diaorang sediakan ipad at each table. So bosan2 tunggu boleh main game kat ipad tu. 

So it's good for alfi yang kerap kena tunggu saya. This time i just nak cepat so suruh stylist tu cut my hair without wash. Nak cepat time tu, tapi ingat ye, price still sama jugak even tak wash hair. Better korang wash sebab diaorang pretty good in hair massage. 

As usual, stylist kat situ semua peramah, suka tanya macam2. Berapa kali saya dtg situ, dia asyk tnye saya. Did i color my hair? Sebab rambut saya warna perang macam color. 

Did i straighten my hair? Sebab straight. Is it your hair natural hair? Do you want to make hair treatment? Wahhh.. So long your hair? Jadi soalan2 tu wajib akan ditanya. 

Then yang paling best, ada special place for wanita berhijab. Yeayy!!!

Before this pun ramai yang tanya saya macam mana nak dapat rambut yang lembut dan straight macam saya ni?

So jawapannya takde resepi pun sebab Allah dah kurniakan macam ni. 

Saya tak pernah:

1) straighten rambut

2) tak ada pun hair dryer and tak guna pun, guna bila orang lain ada then saya baru guna.

3) color rambut, buruk okay color rambut. Lagi2 color rambut tak kena dengan muka. Melayu pure rambut perang? Macam kena simbah air karat je taw. Better jangan color, rosak rambut. 

4) tak basuh rambut, setiap hari kena basuh.

5) alami bad hair day

6) pakai topi untuk sembunyikan rambut or style konon. Pakai topi boleh sebabkan botak okay ;)


Saya pernah:

1) curl my hair when i was 22nd, not long lasting sebab rambut saya tetap straight, need almost 4-5 hours nak jadikan dia real curl. 

2) cut my hair boy cut style.

3) potong rambut sendiri, mostly fringes and suka potong fringes untuk kengkawan lain. Haihh zaman uni kelakar sangat.

4) sentiasa lekat dengan sikat rambut sebab suka sikat rambut. Obses okay!

Yang penting kena jaga pemakanan. Jangan makan byk fast food lebih2 lagi maggi. Hah, reminder okay! Okay, yang penting rambut yang cantik untuk muhrim je, jaga aurat dengan hijab. :) insyaAllah. Okay nunitez :)






Monday, August 11

Kurus tapi fit- nm galaxy run 3rd series

Bismillah. 

Hye! On last sunday, i joined marathon nm galaxy run 3rd series. Yeayy!! Even pit stop saya terlalu banyak tapi saya tetap habiskan my run. 18km and this is my first time i try yang jauh macam ni.

Start at 5.15 early in the morning then kesian dengan alfi sebab dia terpaksa teman i plus dia kena tido dalam kete. Tulah ajak masuk marathon tak nak. Gemuk siapa yang salah? Salahkan diri sendiri. Hehe

Then bila dengar azan subuh, saya singgah masjid untuk subuh dalam masa 15mins saya abezkan masa kat masjid. Bila nak solat, sakit perut plak then kena take time lagi. Memang ketinggalan sangatlah saya nanti. 

Tapi takpe sebab saya punye tujuan ari tu adalah just finish the run at the finishing line. Tu je. Lambat takpe asalkan saya habiskan larian. Buat apa lari tapi tak tunaikan tanggungjawab seorang islam kan? Hah kena batang hidung sendiri! 

Yang seronoknya marathon kali ni, saya banyak berbual dengan kaki marathon yang lain, mostly semua pernah and suka join marathon. Wahh semua nak kurus tapi fit! I'm proud of malaysian nowdays.

Buat yang suka perli saya kata buat apalah kau join lari tu weyh, buat penat badan dan makin kurus melayanglah kau weyh. Hello! Saya kurus tapi fit okay. 

Alhamdulillah. Belum pernah lagi allah timpakan sakit sampai warded lagi. Setakat demam tu biasalah. Saya doa sangat saya sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan. Tapi bila Allah kata kun fayakun, kita manusia sehebat mana pun takkan terlepas ujian Dia. 

Jadi selama mana kita hidup ni, jagalah kesihatan diri kita tanpa melakukan benda yang mudarat. Dah kata smoking tu banyak penyakit mudarat, silalah stop wahai alfi shahrin. Banyakkan bersenam. Ni mulut je kata nak kurus tapi no action taken. Susahlah. 

Hah kan bila saya dah bebel, semua benda saya ungkit. Heeee.. So next marathon insyaAllah this september. Yeayy!! 

Saya tak kata saya hebat, tapi saya berusaha untuk fit. Squat and plank 10 mins pun dah memadai. :) biar kurus tapi fit okay :) 




Alfi kata dia nak belikan saya running shoes baru. Heee nakk!!! 



Tuesday, August 5

ERIN

Sangat takut dan rimas kalau tengok perempuan:

-suka pakai emas tebal dan berat, at least satu item dah cukup.
-suka pakai lipstick pekat2, mulut jadi hitam taw kalau kerap pakai lipstick
-suka pakai heels yang sangat tinggi
-suka alat make up yang branded
-suka pakai barang branded and show off
-suka selfie muka bajet2 model and letak kat public figure
-suka pakai tudung yang berlilit-lilit banyak then bonggol tinggi giler.
-suka tunjuk rambut flip hair yang panjang
-suka menunjuk-nunjuk dia lah yang paling hot.

*reminder for myself. Saya takut kot sebab saya pernah jadi macam ni. Then saya kena berubah. Nauzubillah. 



I love tudung ruffle! Ini bukan selfie okay, ini picture my fiancee ambikkan. Hee. K, daa. 


Sunday, August 3

Family

Bismillah.

Hubungan dengan family lebih baik dari hubungan yang tiada ikatan darah.

Tak semestinya yang kita rasa orang tu yang cukup kenal kita, yang terima baik buruk kita, yang sentiasa ada susah senang, orang itu lah yang terbaik.

Tapi bila berbalik pada family, itu yang paling nyata. Ikatan darah lebih terbukti walaupun bukan 100% tapi hubungan itu sentiasa mudah berbanding hubungan yang tiada ikatan darah kompleks.

Banyak yang perlu dijaga. Yang perlu dilakukan. Yang perlu diubah. Yang perlu dilakonkan. 

Orang zaman sekarang suka kata "stranger is sometimes better than family". Itu fahaman orang. Tapi yang traditional macam saya ni? Saya berbalik pada manusia yang bernama family. 

Saya bosan!