Last night alfi kata nenek nazak. Tak sangka 2 weeks ago nenek sihat sangat. Kuat makan, kuat bercerita, kuat solat, kuat baca alquran. Tapi sekarang daripada nenek nazak, nenek dah takde.
Saya plak tido time tu, alfi dah balik melaka. Seriously saya takde semangat nak kerja. Tapi sebab saya memang uncap able untuk pergi ke kubur dan baca yassin, jadi saya ambil keputusan untuk recite al-fatihah dalam hati sahaja.
Bila saya dah boleh, baru saya ziarah kubur nenek. Ya allah, saya ingatkan nenek akan tabah hidup sampai waktu saya dan alfi akan bernikah. Tapi nenek tak sempat.
Terngiang2 kata2 nenek, " nenek nak baju sama warna dan corak nanti bila alip kahwin dengan ain, belikanlah nenek sama warna". Bila nenek tengok family semua pakai baju theme sama masa along kahwin, jadi nenek teringin nak pakai.
Nenek selalu cakap, tak sabar nak tengok saya dengan alip kahwin. Saya dah janji dengan nenek nak belikan dia baju yang sama. Nenek happy sangat bila saya belikan baju kurung untuk dia masa along kahwin. Siap nenek catwalk satu rumah tunjuk baju baru.
Okay, saya sangat emosi sebenarnya. Saya tahu saya sempat untuk berbakti pada nenek tapi bakti saya cuma singkat sahaja. Atleast allah bagi saya peluang untuk jaga nenek walau sekejap.
Borak2 dengan nenek, kecoh sangat bila dia kerap kali kenalkan saya "ni lah bakal menantu" pada setiap kali dia jumpa kawan2 dia. Saya pun diperkenalkan. First time dalam hidup saya, ada nenek yang kejutkan solat subuh. Saya solat subuh dengan berdoa pada Allah yang saya sangat berterima kasih dikurniakan keluarga yang indah ini.
Bila nenek kata dia tak sabar nak tengok saya dan alip kahwin, saya betul2 percaya nenek akan sempat tengok saya kahwin dengan alip. Tapi kenapa, kenapa terlalu cepat? Okay, saya terlampau sedih. Dah banyak air mata mengalir.
Asalkan saya sangat sedih even kenangan dengan nenek sikit, apatah lagi alfi sekeluarga. Hmm.. Saya tahu alfi lagi sedih. Ya allah, kau tenangkan roh nenek disana. Berikan nenek tempat golongan orang beriman. Saya tahu nenek baik orangnya. Amin.
0 'bebelness':
Post a Comment