Wednesday, October 31

31102012

 Hye peoples! Currently i'm quite busy, with all my lovely persons in my life.
After celebrate eid adha, then journey to kota singa pura-pura. 
So just a hectic day, super duper penat. Works yang macam apaapantah.
All that mixed up and alhamdulillah on friday i will get my annual leave.
Sleepy, my eyes dah berat. Seriously, even my eyes in pain however i still
can't sleep early. Ada je benda nak buat. back from singapore, masih tak hilang penat.
Hehe.. On my holiday i will update about my journey okay.
Tak de mood now. Cuma habiskan masa dengan novel.
Tadaaa..



Karya hlovate. Title rooftop rant.
So far in the mid story, okaylah.
Jadi kena habiskan. Okay, layan jela.


* i wish i can get it fast, how i wish so much*


Monday, October 22

he is mine



He is my lover, my best friend, my teddy bear, my laughters machine,
my tears, my badang, my kiteman, my story teller, my driver,
and all is mine! He completes everything. He is mine. I love you sayang.


  

Wednesday, October 17

run baby run

Seriously i want to do this activity, eventhough
i know i'm not capable do much.



I need new running shoes please.
Huhuhuhuk..emm maybe on december i can do that.
November is too close. I know i can't.
I want to be running woman.
Heee.. Just enjoying for myself or it can be as my rewards.
Do something i love because running is my passion.
Okay, nike or adidas. I want you!
It's time for me to comeback as long distance runner like previous old time. Yeayy!!


 

Monday, October 15

bukit tinggi

High hills. Okay. Tu bahasa omputihnya.
Last week alfi and me pergi bukit tinggi.
Yeayy..first time pergi sana. Actually first plan nak pergi bukit cherakah
for cycling, but tengok rate sewa untuk bicycle 1hour rm10. 
Cam tak berbaloi je. Then pergi bukit tinggi.

Dah sibuk search goggle, pergi sana kena bayar pape tak.
Tengok blog another blogger tak de pun tulis any fees entry kat sana.
Tup tup hah kau bayar rm12 per person.
Okaylah, worth it
Jalan jalan tengok builidings n tatemi house tu.

Saya punya impian nak pergi japan. Impian since form 1, sebab kemaruk tengok 
japan movie, then korea plak sebab cerita winter sonata.
Saya memang cepat influences with something.
Pergi bukit tinggi, rasalah jugak environment japanese sikit.


Ni pic masa kat tatemi house, nak pakai kimono, pay rm20 okay.
Tak mau lah. Membazir je.


Then kat building ni. Kena lah tak habis habis approach orang suh
snap picture kiteorang. Yang paling kelakar, alfi siap scan 
orang yang nak di suruh amekkan pic kiteorang tu.
Tengok gaya, macam pandai je amek pic, dia scan appearance orang dulu then baru suruh.
Choosy, padahal minta tolong je. 
Pakai instax camera, thats why kena choosy. 


Okay, enough with my pictures, nanti muak pulak kan.
After pergi bukit tinggi, kiteorang pergi tempat yang ada janda baik.
Heee... Janda baik. Makan kat situ.
Lepas tu, macam tak de activity lain.
So goggle lagi..tengok branch h&m yang latest open at setia city mall.
Okay, pergi sana.. Tak pernah pergi sana.
Happening juga. Best environment kat situ.
Sume butik ada kat sana.
So, lepas ni bolehlah pergi sana lagi.
Middle month so cuma boleh tengok jela.
Huhu.. :( 
And our day end up with diarrhea.
Kul 6 alfi texted dia kata dia cirit birit.
Ohh..saya pun sama. Emm..apa yang alfi makan, saya makan.
So dua dualah diarrhea.
Haihh..tapi terpaksa gak keje. Sakit.
Dan kiteorang suspect, kiteorang makan zinger yang ayam new promotion tu.
Emm..sedap tapi buatkan kiteorang diarrhea. Pelik. 
Heee..okay, nitez all. Thanks alfi for great weekend. Mishhhh you.





Monday, October 8

smiley kite again

Weekend yang lepas, weekend yang paling happy.  Hee..yeayy!! 
Happy sebab i can played smiley kite. Heee..
Happy sangat sebab i can do something i love the most.
Playing kite, jogging, cycling..tu semua benda yang saya suka.
Semua benda berkaitan dengan sports saya suka.
Tapi bila tengok wayang, shopping, gossiping, euwww...bosanlah.
Macam nak muntah sebab asyik did same things and routines.

Saya bukan seorang perempuan yang suka landing kat atas katil.
Online, tido, tengok tv, baking, bosannya.
Saya rasa nak nangis taw if weekend tak go out.
Boleh sakit badan sebab baring bermalaz malazan je.
Sebab benda tu semua saya dah buat after balik dari work.
5 days buat routine yang sama, takkan weekend nak repeat routines tu.
Nak nangis, nak nangis.

Tapi sebab last sunday saya tak sihat sangat, nak demam
and headache, so saya tak rasa enjoy sangat.
Terpaksa mam panadol activfast.
I didnt want to spoil alfi's mood and me.
So gagahkan jela diri ye.
Tadaaaa...ni pics yang menunjukkan saya happy sangat.


Saya kata dengan alfi yang saya suka pic ni.
Sebenarnya dah lama saya tak ada pic yang show my huge smile :)
Pic nampak gigi. Heee.. Sebab tu saya suka pic ni.
See...my hair makin panjang. Happy nya. Saya ada plan untuk rambut ni,
Tunggu je okay. And this pic alfi as a kiteman yang naikkan kite ni.
Huh!! Dia suka pandang rendah pada saya, padahal saya juara layang layang taw!


Ni hasil saya captured, emm...napa saya capture tak seseni alfi hah?
Ke sebab saya memang photogenic, sebab tu sume pic saya nampak saya ehhh..lawa.
Hahaha..perasanlah kamu wahai azeren noor ain. Seriously, view di putrajaya ni cantekk.
Sunset dia cantik. Alhamdulillah, tenang sikit hati dapat tengok view camni.


Cantikknya. Okay, semua benda saya kata cantik.
Saya tak sihat hari ni, sakit tekak, badan panas.
So, saya tido awal. Saya rindu semuaorang.
Rindu blushing saya.





Wednesday, October 3

strong woman


Me!!! Strong woman. Dushh dushh.

Tuesday, October 2

Title 9

Love story part 3:

Haittteee.. Okay, continue yang semalam punya. Tapi sebelum tu saya lupa nak story pasal alfi bagi saya barang after dia dah balik KL. Alfi hantar barang di rumah saya di kluang. Dia bagi one box yang penuh dengan barang. Dia bagi baju KLIUC (siap spray with perfume) hahaha, one bear, and kad yang saya ingat dia tulis. Dia tulis, "kalaulah poket doraemon ada, dia nak kembali masa bersama saya" . Lebih kurang macam tulah ayat dia, tak ingat sangat. Yang bukak box tu, adik saya. Dialah yang baca semua. So my siblings suma dah tahu kewujudan alfi, padahal time tu saya ada that guy.

Okay, after saya dapat jadi trainee di Puchong, saat itulah semuanya terjadi. Kerap berjumpa, alfi sentiasa bawa saya 
tempat favourites dia. Actually alfi ingatkan my periods bersama dia hanya untuk 6months, sebab saya akan berada di 
Puchong hanya untuk 6months. So dia gunakan masa tu sebaik mungkin. After 6months pun saya ada planning yang 
terbesar iaitu continue masters. And i know at that time alfi hopefully i didnt get that applications. Sebab itu bermakna saya akan betul betul tinggalkan dia. 

Masa saya di Puchong, alfi told me he already brake up with that perempuan. Bukti pun dah ada, coz di facebook alfi, 
tiada lagi pictures perempuan tu. saya percaya dia tiada lagi relationship with that perempuan. Saya pula still with that guy. Bila dah jauh, sentiasa gaduh, bertekak and so on. Hmmm.. Memang that true saya jahat! Sebab saya yang gatal hang out dengan alfi,padahal saya ada that guy. Alfi tahu saya ada bf, tapi dia tak kisah, which i didnt know dia kisah or tak sampai sekarang. Eventually masa raya 2010, perempuan tu call me again. Begging me, cried, and make sad story ask me to leave alfi. And what i said, " saya takkan tinggalkan alfi, tapi ask alfi untuk tinggalkan saya". 

Apa lagi, mengamuklah perempuan tu. seriously, saya tak bersalah langsung sebab saya tahu alfi dah brake up with 
perempuan tu. Kalau tak, kenapa sebelum ni, saya yang serious jaukan diri dari alfi sebab saya tahu dia milik orang. 1year saya jauhkan diri dari alfi even alfi still contact me. And alfi explained that dia nak break sekejap dengan perempuan tu dan 
take time, if rasa ada jodoh, adalah. Alfi salah sebab dia still bagi hope pada perempuan tu. Saya tak salahkan alfi coz dia dah lama dengan perempuan tu. Saya pun bukannya gf alfi lagi time tu. we just a friend. Hmm..complicated kan hubungan kami? Nak bersama, tapi masing masing ada orang lain.

Sampailah satu tarikh ni, 20092010 kami bercinta! Hah? Bercinta? Yeayy!!! Banyak sangat dugaan yang datang, 
serious..macam main hunger games tu. Semua ada, cacian, makian, umpatan, keji, fitnah, dengki, bertampar, bertumbuk, haha..bercampur aduk. Saya dengan alfi still ada, even more benda tu makin merapatkan kami. Orang orang yang nak memisahkan tu, makin membuatkan kami rapat. Sorry, bukan makin menjarakkan. Semua ada hikmah. Alhamdulillah. 
Seriously saya dah minta maaf dengan that perempuan and that guy sebelum ni. Jadi..nothing yang saya tak buat lagi.

All this kuasa Allah, dia yang tentukan. Macam mana hebatnya saya cuba jauhkan diri dari Alfi, tapi makin dekat saya dengan Alfi. Dan kesungguhan alfi untuk wait me for 1year, membuatkan saya ehhh..terjatuh dengan dia. Even i know macam mana teruknya alfi dipulau, dikeji, diumpat oleh kawan kawan dia sebab break with that perempuan. Semua tu kuasa Allah. Tapi semua ni belum tamat lagi. Saya belum sah sebagai milik dia. Jadi, kuasa Allah melebihi segalanya.
Insyaallah, jika betul alfi untuk saya, syukur. Dia nikmat yang Allah bagi untuk saya. Jika dia tak ditakdirkan untuk saya, saya terima segalanya. So, tu jelah love story saya and alfi. Two years as kawan baik, kekasih dan musuh.

Thank you, untuk kawan kawan yang support saya dan faham my situation. Terima kasih allah untuk kurniaan yang hebat untuk saya, sebab hadirkan dia dalam hidup saya. Okay! Jom happy happy plak, cam nak sedih sedih je ni. Huhuhuk.




One more thing, saya happy sangat sebab dapat baca diari that perempuan ( diari tu dia tulis untuk alfi) yang banyak cerita pasal sad story dia compare to happy story semasa dia dengan alfi. At least i know, yang dia tak dapat layanan macam mana alfi layan saya, dan bagaimana dia dengki sangat dengan saya sebab alfi pilih saya. Perbuatan yang jahat akan dibalas kejahatan, saya tak pernah take a revenge to that perempuan even perempuan tu buat jahat pada saya. I believe hanya Allah akan balas perbuatan tu. So paham paham jela heh, kalau bukan di dunia, di akhirat nanti. To that guy, he's married now! Im happy sebab even that guy pun buat jahat pada saya atleast dia minta maaf pada saya and my family 
sebab kekasaran dia terhadap saya. Dan terbukti now dia happy! Alhamdulillah. Tapi to that perempuan? Emm..tak pernah minta maaf, jadi.. Just see with yourself. Whatever it is, semua ni pengajaran okay! Chill ! Tskk tsskk tsskk.





Monday, October 1

love story part 2

Love story part 2:

Hye, lets continue what i wrote here yesterday. Okay! After MASUM habis, alfi cakap kita masih boleh text, call and boleh keep in touch. But heyyy!! Dia milik orang okay, takkan saya nak rampas milik orang. Memang saya silap sebab dekatkan diri pada dia. Tapi i just wish masa UUM je boleh bersama dia, then if dia dah balik KL, saya berharap saya takkan rapat lagi dengan dia. Allah planned everything hardly, Allah masih dekatkan saya dengan alfi. Jiwa dekat eventhough diri jauh.

Saya ingatkan, after balik KL dia takkan ingat saya lagi. tapi sampai je KL, dia terus text saya. sedihnya, ingatkan dia main -main je dengan saya. But i decided accept one of this guy nak saya jadi gf dia. Saya jumpa this guy kat MASUM jugak. Saya tak nak amik hak orang lain, jadi saya terima je this guy. Emm.. Saya tak berapa pasti is it alfi dissapointed or not bila dapat tahu saya dah ada orang lain or tidak. Yang saya tahu, masa alfi jumpa saya, saya still single. Dalam masa 2weeks saja saya terus accept this guy. Then terus stop contact dengan alfi.

Tapi alfi tak, dia still text me, call me. Tak pernah dia lupa nak wish morning and night pada saya, even saya tak reply. Tak pernah reply. Bila alfi call, saya banyak kali tak picup. But then saya picup juga sebab rasa kesian dia banyak kali call. Till climax, one day saya dapat call dari sorang perempuan. She asked me everthing. Kenal tak alfi shahrin? saya siapa? Saya asal johor kan? She know my full name exactly! Tapi saya marah, saya kata awak ni siapa? Suddenly, perempuan tu pulak marah saya. Dia kata pergilah mengadu kat alfi shahrin, and hangup.

Owh..saya mula rasa ni gf alfi. Saya terus contact alfi. Saya tak tahu apa yang terjadi. Seriously saya tak nak ganggu 
relationship diaorang, sebab tu saya jauhkan diri dari alfi. Alfi kata biarkan je. Saya terus tak contact alfi. Situasi ni 
berpanjangan selama 1 year. Saya ada facebook alfi, tapi kami tak pernah add satu sama lain. Saya cuma tengok mengenai alfi. Dia kata dia mencintai perempuan itu selama lamanya dan hanya dia satu. OMG!! So saya terus tak contact dia sebab saya tahu dia bahagia dengan perempuan tu. what happen with the guy yang saya accept tu? That guy tahu macam mana saya dengan alfi. Setiap yang alfi text saya bagi that guy baca. So nothing saya keep it secret to that guy.

One year after MASUM 2009 till 2010 saya still di kedah, practical there and habis study saya balik johor. Saya stay di 
johor bahru my sis house. Saya buat temporary work nak tunggu convo degree. Masa di johor, saya banyak kali juga picup alfi's call. Dia selalu kata asyik dia je call saya, tapi kenapa saya tak call dia. Emm... Seriously, saya suka berborak dengan alfi. Dia banyak cerita, dia suka nyanyikan saya lagu. First song dia bagi saya lagu kerispatih, " lagu rindu".

Saya pernah tulis entry untuk alfi senyap senyap. Saya letak lirik lagu "lagu rindu", itu untuk alfi. Dan dia pernah nyanyikan lagu tu untuk saya. Alfi sweet! Sebab tu saya tak nak terima dia sebab dia sweet, sweet talker okay. Dan saya tak nak terpedaya dengan dia. No. No. Alfi pernah simpan niat nak datang konvo saya. Owh.. Ada lagi perkara saya tak cerita. Saya sanggup kenalkan antara kawan baik saya pada alfi, supaya alfi tak ingat saya lagi. Saya kenalkan kawan saya tu sebab kawan saya suruh kenalkan dengan mana mana lelaki. Ehh..nampak sangat saya ni banyak laki. Heee..xdelah.

Tapi alfi kata saya jahat sebab senang senang bagi num phone dia pada kawan saya. Emm..nak wat camne. Mesti pelikkan,
kenapa alfi ada gf, tapi still contact saya? Dia banyak cerita pasal gf dia pada saya. Tapi..takkan saya nak tulis kat sini. 
Secret okay. Biarlah hanya saya, alfi dan perempuan tu je yang tahu. Nothing. After convo, saya joined GEMS, eventually dengan takdir Allah, saya dapat jadi trainee di Malaysian Agrifood Corporation, Puchong. I told alfi about that, yang saya kena training di Puchong untuk 6months. Alfi happy sangat. So it started at Puchong. Pic di bawah saya pergi alfi's convo and buka puasa. Saya tak pergi berdua duan dengan alfi, tapi saya pergi dengan kawan baik saya, Ayu yang saya kenal di GEMS. 


Taraaaaa.. Okay, continue esok untuk love story part 3. Nitez!!.



love story

Love story part 1:

Okay, as last entry saya nak type pasal love story antara saya dan alfi. So tonight saya mula type. Hehehe..
Now tengah tunggu alfi meniaga. Ohh yeahh, i never tell that now he doing business. 'Cahaya burger', lets come
support alfi and friends meniaga. Burger diaorang superb! Sedap nyummy serius tak tipu. Moga business diaorang
akan sentiasa laris. Amin. Okay, so lets stop about that stall.

First time kenal alfi di web tagged. OMG. Tagged? Orang kata tempat tu untuk orang-orang gatal. Hahahaha. Seriously tak, sebab masa tu aged around 20th and saya tengok ramai juga university friends ada tagged. I make it one for my own, but didnt use my real name. Just erin. However, betullah juga kata orang tempat tu untuk orang gatal. Coz mostly yang message mesti nak ***. Haihh..papetah, tapi ada sorang je yang message kata nak kenal. Nama dia 'shahrin'.

We all start yahoo messanger. Masa zaman uni dulu, memang YM ni popular sungguh. Bayangkanlah UUM, yang 
terperuk tu, so hiburan kiteorang just YM jela. Kelakarlah. Borak lama kat YM tu, dia story about girlfriends dia and crush dia. Seriously tak ada cerita pasal *** yang 
synonym with YM kan. Selalu ada benda gatal2 je. Shahrin cerita pasal
girlfriend dia, so nothing with that. Sebab at that time saya pun ada boyfriend so tak de rasa pape. Satu satu cerita dia story.

After penat YM, dia minta num phone and i gave him. So, dia call. Kelakar, lepas YM then call sebab nak dengar suara. So saya start kenal dia 2007. Make it short, kiteorang tak pernah jumpa pape. Just
kat tagged, and then i dah delete tagged masa 2008 kot 
sebab time tu dah ada bf. Everything start masa MASUM 2009 memang saya nak 
sangat jadi volunteer 
untuk MASUM tu sebab UUM jadi host. Masa briefing tu, ada call dari 'tagged shahrin'.

Dah pelik dah sebab dah lama lost contact. Dia tanya kenal tak shahrin. Dah blurr..tak ingat sangat then pikir balik, owhh!! That shahrin. Dia tanya saya kat mana. Then cakap, 
UUM, dia kata dia pun kat UUM. Dah pelik dah napa dia kat UUM. Wakil bola untuk KLIUC. Itu first i ever know about KLIUC. Dia kata boleh meet up nanti. Saya pun kata okay je. At that time, saya baru clash with my bf. Memang single, so tak de probs if nak jumpe. Not means saya gatal. I admit every year saya akan change bf. hahaha.

That nite, shahrin kata nak jumpa malam after dia briefing nak match esok. So, lambat jugak
kiteorang jumpa. Nervous ni sebab tak pernah jumpa. He said he gemookk..haha.

Okay, gemokk..then dia kata dia gelap.. Okay, gelap.. Dalam fikiran memang rasa dia ni hodohlah. Gemok, gelap. Haha. Layankan jela. Dah jumpa tu, so dia panggil diri dia 'alfi'. Guess what, he still with her girlfriend yang dulu dia pernah cerita. Bagus!

Ingat lagi, masa that nite dia pkai baju apa dan seluar apa. Taklah hodoh pun, not bad. Kiteorang berbual banyak sangat sampai rasa tak nak balik. Saya dapat rasa dia boleh jadi kawan yang baik. Tiga hari dia kat UUM, tiga malam kiteorang jumpa. Sebab tak boleh jumpa siang, dia ada match. Saya pun tengok jugalah dia main. Last match dia kata KLiUC lost, terpaksa balik petang tu juga. Saya time tu ada briefing terpaksa 
rushing balik kolej.

Sayang sangat sebab malam tu ada opening ceremony MASUM tapi diaorang balik petang tu juga.
Masa rushing nak balik kolej tu hujan lebat, selebat my sadness. That's mean dia akan balik KL dan
takkan jumpa saya. Saya plak still duduk kedah. Tapi becoz  alfi pun still ada gf, so why should i sad? Saya takkan pernah nak rampas hak orang.
Saya happy sangat sebab jadi kawan dia. So ni last picture masa dia nak balik KL.


Actually pic ni captured by my lappy webcam. Saya dah buang sebenarnya tapi alfi yang simpan. Dia still keep it till today. See..my hair panjang sangat time ni, dan alfi pun masih kurus. But im still
kurus! :(  . Tulah petang last kiteorang jumpa, balik bilik kolej, saya dah nangis puas puas. Saya nak dia ada malam opening ceremony, tapi dia tak de. Saya tak tahu kenapa saya rasa sunyi bila dia takde, padahal baru tiga malam kami berjumpa. Maybe ada sesuatu tapi saya punya pendirian, saya takkan rampas bf orang. That not soooo me. 

Okay, done with love story part one. Nitez all.