Petikan daripada hamba allah yang mengkaji makna "munafik". Jangan suka-suka cop perkataan itu pada individu lain ye. Sama sahaja anda dengan individu itu jika anda pun "munafik".
"Memang kita selalu dengar perkataan MUNAFIK itu dan pernah tak kita tanya apakah ciri-cirinya. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini:
Mungkin kita selalu mendengar perkataan munafik di dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada kita ia perkara biasa dan tak ada apa pun.Namun sebenarnya munafik itu adalah suatu sifat yang "amat buruk dan mencelakan"
Apakah kita termasuk orang yang munafik?
Mungkin kita dengan tegas mengatakan kita adalah bukan orang munafik kerana kurangnya kefahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.
Hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan tanda-tanda orang munafik :
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik :
1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.
Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pemungkir janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi sudah ada ciri-ciri munafik dalam dirinya.
In a nutshell, jangan suka-suka label tanpa mengetahui maksud. Setakat guna ayat islamic bombastic tapi salah makna, henti-hentikanlah. Sebenarnya anda juga tergolong dalam golongan munafik kerana menunjuk-nunjuk pandai padahal ilmu tiada di dada. Kalau tak setuju, cuba cari 32 ciri-ciri orang munafik. Semak-semaklah, jika ada. Bertaubat. Same goes to me. Amin.
0 'bebelness':
Post a Comment